Akan Datang... Di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Akan Datang... Di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
Laman web tiket: www.ticket2u.biz

Tiket Pementasan Upin & Ipin the Musical Kini Dijual!!!

Tiket Pementasan Upin & Ipin the Musical Kini Dijual!!!
Tiket persembahan kini dijual di 11 cawangan Ticket2u, kaunter Box-Office Istana Budaya serta secara online. Sila Klik pada imej ini untuk membeli tiket secara online

Sunday, November 11, 2012

Maklumat Upin & Ipin the Musical

Tarikh Persembahan: 14 April - 6 Mei 2012
Tempat: Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur
Maklumat Lanjut: +603-6186 6592 / +603-4147 8600 (Hotline tiket) 
Email: alphaevents@hotmail.com  
Harga Tiket: RM33, RM53, RM83, RM103, RM153, RM203, RM253, RM353 & RM453


Terbitan: Les' Copaque Production Sdn. Bhd. & CTRA Production
Penerbit Bersama: Hj. Burhanuddin Md. Radzi & Hjh. Ainon Bt Ariff (Penerbit Siri Animasi Upin & Ipin, Geng: Pengembaraan Bermula & Pada Zaman Dahulu)
Penerbit Eksekutif: Siti Rohayah Attan (Menerbitkan 30 buah teater termasuk Muzikal Tun Mahathir, Muzikal Gamat, Muzikal Lantai T. Pinkie dll.)
Pengarah & Penulis Skrip: Zaifri Husin (Pengarah Terbaik: 17th Hamden International Festival for Children & Young Adults, 2010, Iran)
Pengarah Muzik: Datuk Suhaimi Md Zain (Pak Ngah) (Komposer Terbaik: AIM, AJL, APM)
Koreografer: A. Aris Kadir (Koreografer Terbaik: BCAA 2006)

Tuesday, December 20, 2011

Di Sebalik Tabir (Ujibakat Terkini 13 Disember 2011)

Waaa... kami telah mengadakan 1 sesi uji bakat tambahan bagi mencari pelakon yang pandai berlakon, menari & menyanyi. Uji bakat ini diadakan di ASWARA pada 13 Disember 2011. Nampaknya kali ini, peserta-peserta yang datang untuk menghadiri uji bakat lebih bersedia berbanding dengan 4 sesi uji bakat sebelum ini yang telah berlangsung pada 13, 14, 20 & 21 Ogos 2011. Daripada 93 peserta yang hadir ke sesi Uji Bakat di ASWARA ini, 24 berjaya terpilih dan diambil sebagai pelakon. Nak tengok gambar-gambar uji bakat?

Adik Wafi (5 tahun) bershuffle
Comelnya...




Astro Awani pun ada..


Berita Adik TV9 pun ada

Wah.... Aksi breakdance


Latihan untuk memanaskan badan di luar studio uji bakat
 

Showcase Upin & Ipin the Musical di Muzium Negara (Part 2)


Hai kawan-kawan, kini, Showcase Upin & Ipin the Musical yang dipentaskan di Muzium Negara, Kuala Lumpur setiap Sabtu & Ahad, pukul 12 tengah hari & 3 petang sepanjang Disember 2011 ini telah dipindahkan ke pentas utama Upin & Ipin... Auditorium Muzium Negara, tempat asalnya tidak dapat digunakan atas sebab-sebab tertentu. Namun begitu, Team Upin & Ipin the Musical tetap gigih menghiburkan pengunjung ke Karnival Jejak Upin & Ipin di Muzium Negara ini.

Tuesday, December 6, 2011

Terbaru Dalam Media.....

Oleh Normah Becok

pix_gal0KEPADA sesiapa yang berasakan dirinya berbakat dalam lakonan dan nyanyian, serta berminat dalam persembahan teater, inilah masanya untuk membuktikan kebolehan berkenaan.

Les Copaque Production Sdn Bhd dan CTRA Production khabarnya akan mengadakan sesi uji bakat bagi mencari pelakon teater Muzikal Upin & Ipin yang bakal dipentaskan di Istana budaya dari 14 April hingga 6 Mei tahun depan.
Sesi uji bakat itu akan diadakan pada 13 Disember ini, jam 10 pagi, bertempat di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Selaian pandai berlakon, menari dan menyanyi, calon yang berminat juga perlulah berumur antara 10 hingga 25 tahun serta tiada masalah kesihatan.

Untuk Laporan selanjutnya, sila ke sesi:Dalam Media" kami.

Showcase Upin & Ipin the Musical di Muzium Negara

Tak sabar menanti kedatangan April 2012 untuk menonton persembahan Upin & Ipin the Musical. Kini, penonton boleh menonton "Showcase" Upin & Ipin the Musical di Muzium Negara, setiap Sabtu & Ahad sepanjang Disember 2011 ini. Showcase akan diadakan pada pukul 12 tengahari & 3 petang.

Showcase selama 30 minit ini bakal mengetengahkan 5 lagu-lagu, antaranya Sahabat Selamanya (PADI), Mari Membaca (PADI), Mari Bermain (Pak Ngah), Gosok Gigi (Pak Ngah) & Selamat Pagi (Pak Ngah).







Bagi mereka yang merasakan bahawa menonton persembahan setakat 30 minit itu seperti tak puas.... Apa tunggu lagi? Dapatkanlah tiket persembahan Upin & Ipin the Musical yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 14 April - 6 Mei 2012 di www.ticket2u.biz ataupun di telefon hotline tiket +603-4147 8600 ataupun beli terus di 11 cawangan Ticket2U sekarang!

Tuesday, October 11, 2011

Ujibakat Upin & Ipin the Muical (13, 14, 20 & 21 Ogos 2011)

Wah! Meriahnya Istana Budaya masa sesi uji bakat Upin & Ipin. Pada jam 9 pagi dah lobi Istana Budaya dan kaunter pendaftaran sesak dengan mereka yang berminat untuk menyertai uji bakat ini. Kami telah berjaya menguji bakat 650 orang. Itu pun, ada juga yang kecewa sebab datang lambat dan tidak dapat diuji.

Ada juga kawan-kawan yang datang dengan rasa cemas, tidak kurang juga yang menunjukkan bakat-bakat mereka yang hebat dalam gimnastik, shuffle, akrobatik dan macam-macam lagi. Tahniah diucapkan kepada semua.














Tuesday, August 2, 2011

Ujibakat Upin & Ipin the Musical

Hai kawan-kawan, nak tak sertai kami dalam persembahan Upin & Ipin the Musical, April 2012 di Istana Budaya? Kalau nak sertai kami sebagai pelakon, jangan lupa tau sertai ujibakat dulu. Maklumat ujibakat adalah seperti berikut:

Tarikh: 13, 14, 20 & 21 Ogos 2011
Masa: 10 pagi - 3 petang
Tempat: Istana Budaya
Syarat: Umur 6- 35 tahun, Jantina lelaki atau perempuan, sihat & lincah, pandai berlakon & menari, semua bangsa dialu-alukan.

Jumpa di sana ya.


-produksi Upin & Ipin-

Thursday, July 28, 2011

Akan Datang... Upin & Ipin the Musical

Hai kawan-kawan, 

Terima kasih atas sokongan & kasih sayang yang diberikan kepada animasi Upin & Ipin, animasi 3D pertama di Malaysia. Tidak lama lagi, kami bakal menemui anda di pentas teater pula. Tempatnya di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, Malaysia, pada April 2012. Kawan-kawan tentu tak sabar nak dengar kami menyanyi, menari dan berlakon di pentas nanti, bukan? 

Ikutilah blog kami untuk perkembangan tentang teater ini ya. Kami bakal memuatkan proses pembikinan teater dan macam-macam lagi. Jumpa lagi!

-Produksi Upin & Ipin the Musical-